Archive for December, 2010

December 31, 2010

OSB & SYMC BERKONVOI DARI PULAU PINANG KE THAILAND


Seberang Jaya, Pulau Pinang –

Setelah genap setahun penubuhan kelab motosikal skuter berkuasa tinggi di Malaysia, Kelab Otai SYM Bikers (OSB) berkerjasama dengan Sanyang Motor Club (SYMC) telah memecah rekod untuk berkonvoi dari Pulau Pinang ke Phuket, Thailand.

Sebanyak 22 buah motorsikal skuter berkuasa tinggi yang terdiri daripada VTS 200 dan Evo Symphony 250i terlibat dalam aktiviti konvoi ini. Aktiviti konvoi ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Asrul Effendi, Pengerusi OSB ketika ditemu bual berkata, “objektif umum aktiviti konvoi ini adalah untuk memperkenalkan jenama Sanyang motor (SYM) di negera Thailand. Disamping itu, aktiviti ini adalah untuk mengisi masa lapang ahli-ahli kelab serta melawati tempat-tempat perlancongan di negera Thailand.

“Setelah hampir dua tahun penubuhan SYM di Malaysia, OSB dan SYMC sering bekerjasama untuk mempromosikan jenama motosikal SYM di seluruh negeri sambil beramal.

“Seperti aktiviti-aktiviti yang lalu, kami akan berkonvoi dari Pulau Pinang ke Kedah, Perak, dan seluruh negeri bagi membantu anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan bantuan.” Jelasnya.

Pallmon Neoh Kok Boon, General Manager SYM ketika di temui menjelaskan bahawa, aktiviti ini bukan sahaja untuk mempromosi motosikal SYM malah untuk menguji sejauh mana motosikal SYM mampu berjalan.

“Sehingga kini, motosikal SYM telah berjaya ditunggang sejauh 1500 kilometer untuk perjalanan dari Pulau Pinang ke Thailand. Ini membuktikan motosikal SYM telah berjaya memecah rekod untuk perjalanan motosikal skuter berkuasa tinggi pertama di Malaysia.” Katanya.

December 31, 2010

KLIP VIDEO BUKTI INDONESIA MULA LASER HIJAU

Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini.

Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk ‘Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?‘ pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

“Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan,” katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

“Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?,” ujarnya.

December 11, 2010

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!