Kenyataan PM Melucukan: Mansor

PM NAFI TAWAN KEMBALI PULAU PINANG?

Pulau Pinang-

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat melucukan kerana beliau menafikan minat untuk menawan kembali Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR).

“Walaupun acara sambutan sehari PM ke Pulau Pinang meriah, tetapi kehadirannya disambut hambar oleh bilangan penduduk Pulau Pinang.

“Hanya 2000 orang yang datang tapi mereka tumbangkan 10 ekor Kerbau dan  ratusan ekor ayam. Itu pun mereka terpaksa kerah tenaga pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Politeknik, dan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) yang datang menaiki bas.

“Kebanyakan yang hadir adalah orang luar Pulau Pinang yang dibawa bersama, bukan penduduk tetap dikawasan itu.” Katanya semasa wawancara bersama media di Hotel Vistana.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan, PR tidak ambil peduli dengan kenyataan Najib yang mengatakan Barisan Nasional (BN) yakin akan menawan semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Saya akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di negeri Pulau Pinang.” Katanya semasa sidang media.

Tambahnya lagi, Pulau Pinang dibawah pimpinan PR akan adakan siri pertemuan bersama rakyat di seluruh negeri untuk memperbaiki lagi prestasi dengan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan menjamin arus pentadbiran yang lebih sistematik.

“Kita akan berusaha dengan tekad menghalang tindakan Najib untuk menawan kembali Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang.” Katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: