128.05 hektar Tanah Melayu ‘hilang’

Alor Setar –

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi telah membuat pendedahan mengejutkan di Sidang DUN apabila mendakwa sebanyak 1280.5 hektar Tanah Simpanan Melayu hilang atau tidak berganti apabila berlaku pengubahan status Simpanan Melayu kepada Pegangan Bebas (Free Hold).

Jelasnya lagi, Tanah Simpanan Melayu yang terdapat ialah sebanyak 870,105.80 hektar. Daripada Jumlah tersebut sebanyak 4845.22 hektar ditukar status ke free hold untuk pembinaan perumahan.

“Sepatutnya tanah tersebut ditukar ganti dengan keluasan yang sama, tetapi yang diganti hanya 3564.72 hektar, bermakna berlaku kehilangan Tanah Simpanan Melayu sebanyak 1280.5 hektar. Dalam isi tanah ini juga, beliau turut mendedahkan mengenai peratus peruntukan kadar perumahan yang diselewengkan dari maksud asal yang berlaku di bawah pemerintahan kerajaan lalu.

“Mengikut Syarat yang ditetapkan, sepatutnya 30 peratus adalah untuk bukan bumiputera dan 70 peratus selebihnya adalah terbuka tetapi ‘terlepas pandang’ semasa pemerintahan Barisan Nasional dahulu. Mereka melaksanakan 30 peratus jualan untuk bumiputera, manakala 70 peratus selebihnya jualan untuk bukan bumiputera.” Jelasnya.

Kesilapan yang berlaku ini telah berlaku dalam tempoh yang lama semasa pemerintahan kerajaan dahulu, dan hanya diperbetulkan oleh pemerintahan kerajaan negeri yang baharu.

Beliau menegaskan bahawa beliau mempunyai bukti yang jelas di mana butiran tersebut tercatat dalam syarat perjanjian yang diberikan kepada pemaju dan beliau telah sedia untuk mendedahkan bukti tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: