Kerajaan Negeri Bantu Penduduk Jelutong

NILAI RUMAH GANTIAN RM75 000

JELUTONG-

Kerajaan Negeri Pulau Pinang banyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di Jelutong khususnya dalam isu penduduk Kampung Pokok Asam yang didakwa tidak dibela. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jelutong, Mohd Naser Ismail dalam pertemuan dengan beliau, semalam.

Menurutnya, janji kerajaan negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membiarkan penduduk kampung ini melarat atau tidak dibela nasib mereka.

“Semua pemilik rumah asal di Kampung Jalan Pokok Asam, pada peringkat awalnya tidak memperolehi sebarang bayaran pampasan.

“Ekoran itu kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju dan berjaya memperolehi pampasan bagi kos perpindahan dan memasuki semula rumah yang akan digantikan di kawasan yang sama. “Sewaan selama tiga tahun akan ditanggung oleh pihak pemaju.

Manakala semua penduduk yang terlibat akan menerima rumah gantian yang mana kosnya adalah sebanyak RM75,000 dalam kawasan Jelutong juga,” ujarnya lagi. Beliau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Jelutong berkata, penduduk yang belum menerima sebarang pampasan sehingga ke hari ini diharap bersabar kerana usaha kearah itu sedang dijalankan bersama-sama dengan Ahli Parlimen Jelutong, PAS kawasan Jelutong, JKKK dan kerajaan negeri dengan pemaju yang terlibat.

Sebelum ini, katanya pemimpin Umno dan Barisan Nasional melemparkan dakwaan kepada kerajaan negeri dengan pelbagai tuduhan negatif. Menurutnya, mereka juga mendakwa kerajaan negeri tidak prihatin terhadap masalah penduduk kampung tersebut yang terlibat dalam perpindahan kerana pembangunan projek yang dilaksanakan oleh pemaju.

“Sebenarnya ini bukan masalah baru, ia telah wujud semenjak Umno dan BN menerajui negeri ini lagi. Mereka juga sedar mengenai hakikat ini, tetapi sengaja digembar-gemburkan demi kepentingan politik sempit sesetengah pihak yang berkepentingan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: