KEBEBASAN KEPADA KELUARGA TIDAK MAMPU JELAS YURAN PIBG



PENDUDUK MENGELUH TINDAKAN KERAJAAN PUSAT

Mak Mandin, Butterworth-

Program Juara Rakyat anjuran Kerajaan Pusat kini telah menembusi tembok kuat DAP dengan mengadakan sebuah Karnival Ekonomi Bagan, di perkarangan Masjid At-Taqwa, Mak Mandin, baru-baru ini.

Karnival ini diadakan ekoran bagi menjelaskan dan memberi peluang kepada kaum melayu untuk menjalankan perniagaan yang berjaya seperti kaum cina dan india.

Kehadiran Datuk Ahmad Maslan ke Perkarangan Masjid At-Taqwa, Mak Mandin telah diiringi oleh peserta-peserta dari kelab motorsikal skuter berkuasa tinggi ‘Otai SYM Bikers’ (OSB) yang mula bertolak dari perkarangan Masjid Seberang Jaya, pada jam 8.30 pagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO, ketika merasmikan Karnival Ekonmi Bagan berkata, seperti semua sudah sedia maklum, hubungan baik yang terjalin selama ini antara kaum melayu, india dan cina telah membolehkan rakyat hidup dalam suasana penuh harmoni dan muafakat.

“matlamat semua kaum di negara kita ialah ingin hidup aman dan dapat menikmati sepenuhnya arus pembangunan dan pemodenan yang dijana oleh kerajaan sampai bila-bila.

“Tiada seorang pun mahukan kekacauan atau berpolitik berlebihan yang bakal meruntuh tembok persahabatan yang terjalin selama ini.” Jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menjelaskan kepada orang ramai yang hadir bahawa jikalau sesetengah keluarga tidak mampu untuk membayar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, mereka diberi kebebasan untuk tidak membayarnya.

Beliau juga menjelaskan bahawa kerajaan menaikkan harga minyak dan harga gula adalah untuk pembangunan negara.

Namun sebaliknya yang didengari oleh salah seorang penduduk di Mak Mandin yang mengeluh ketidakpuasan kepada wartawan mengenai tindakan Kerajaan Pusat.

Beliau yang enggan namanya dikenali berkata, “Kerajaan memang wajar menaikan harga barang bersesuaian dengan pembangunan negara, tetapi kerajaan harus memikirkan rakyat yang pendapatan rendah seperti kami (penduduk Mak Mandin) juga.”

“kenaikan harga minyak walaupun 5sen sememangnya tidak akan dirasai golongan yang berpendapatan tinggi. Namun, kami yang berpendapatan rendah amat terasa dengan kenaikan harga minyak. Tambahan pula kenaikan harga gula turut yang menjejaskan belajawan harian kami.” Katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: